Saturday, December 27, 2014

DIBATALKAN - KEJOHANAN CATUR KILAT AMBANG 2015 @ 31 DISEMBER 2014

DIBATALKAN - Kejohanan Catur Kilat Ambang 2015 @ 31 Disember 2014

HARAP MAKLUM...atas nasihat Kerajaan Negeri Selangor & nasihat DACS Malaysia supaya program akhir tahun 2014 di negeri Selangor ditangguh/dibatalkan..Kejohanan Catur Kilat Ambang 2015 yang dijadualkan pada 31 Disember 2014..telah dibatalkan bagi menghormati musibah yang sedang berlaku di 6 negeri..

Kenyataan media

PROGRAM ‘MALAM AMAL SOLIDARITI BANJIR’ DIBATALKAN

26 Disember 2014

1. Program yang dijadualkan pada hari Ahad ini, 28 Disember 2014 di Taman Lagenda Suria, Hulu Langat anjuran bersama Yayasan Al-Moqni Malaysia, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Malaysia,Dacs  Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Kajang  dibatalkan.

2. Menerima nasihat daripada Kerajaan Negeri Selangor berikutan bencana banjir yang berlaku di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak agar program berbentuk hiburan dibatalkan bagi menghormati musibah yang sedang berlaku di sana.

3. Bagi pihak penganjur, kami bersimpati dengan apa yang berlaku dan menghormati nasihat yang diberikan kerana ianya diadakan di Selangor dan dalam masa yang sama atas keperihatinan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat agar ianya dibatalkan.

4. Sekali lagi kami memohon maaf kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di atas inisiatif asal penganjuran program ini serta kepada semua yang berhasrat hadir bagi tujuan menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir yang diumumkan awal sebelum ini.

Terima kasih.

Salman Haji Saleh
Pengarah,
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Malaysia.
bagi pihak Penganjur Program.

KENYATAAN MEDIA


YAB. MOHAMED AZMIN BIN ALI
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

26 Disember 2014

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak. Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai  98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir ; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak.

Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa – mangsa banjir dan keluarga masing – masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.

Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat  terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT.

Saya telah berbincang dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah – langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri – negeri yang terlibat.

Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama – sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini.

Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM 1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan ; RM 100 ribu masing – masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak.

Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM 200 ribu bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.

Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja – kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Seluruh jentera PBT Negeri Selangor akan diturunkan untuk kerja – kerja pembersihan sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir bagi menjamin kebersihan dan keselamatan rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak – anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat – syarikat swasta di Negeri Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar – pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.

Delegasi Kerajaan Negeri Selangor akan turun ke Negeri Kelantan pada hari ini juga untuk menyampaikan bantuan disamping mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kuala Krai dan beberapa daerah lain.

MMKN juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015 sebagai tanda kasih dan simpati kepada semua rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.

Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam secepat mungkin bagi membantu kerajaan – kerajaan negeri mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat dalam tempoh yang getir ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah berbincang dengan JAIS supaya semua masjid di Negeri Selangor mengadakan solat hajat sejurus solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar kesejahteraan daun keselamatan rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus dilindungi dan dipelihara.

MOHAMED AZMIN ALI

Sunday, November 23, 2014

THE RENDEZVOUS BATTLE 20 KING OF BLITZ @ 6 DIS 2014 (SABTU)

Wow !! UiTM Sg Buluh guna CCR Blitz untuk tournament pada 6 Disember ini..jom jom..kali ni cm fadli nk joint main..dah 1 tahun xmain chess..hehe

Kepada mana2 pengiat catur yg nk guna CCR Blitz, sila maklumkan kepada pihak cerdik catur..FREE..xperlu bayar cukai RM2 sekepala dan Levi RM300 yg dikenakan kalau nk buat national rating..

Bantuan promosi & publisiti di semua group facebook cerdik catur dan muatkan poster di satu-satunya laman blog catur kilat di Malaysia iaitu www.caturblitz.blogspot.com ..yang bernilai RM100 juga PERCUMA..!!




Thursday, August 28, 2014

BLITZ BELIA MERDEKA 2014

BLITZ BELIA MERDEKA 2014 Sempena Sambutan Hari Belia Antarabangsa 2014 31 Ogos 2014 (Ahad) 11.00am-2.00pm.. Anjuran : Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor Dikendalikan oleh : Cerdik Catur Enterprise Juara - RM600 / Ke2 - RM300 / Ke3- RM200 / Ke4 -RM150 / Ke5-RM100 / Ke6 - RM90 / Ke7- RM80 / Ke8- RM70 / Ke9- RM60 / Ke10 hingga Ke16 - RM50,yuran penyertaan hanya RM10 sahaja..Adoi !! murahnya yuran !! hebatnya hadiah wang tunai !!..di Dataran Kemerdekaan Shah Alam..12 pusingan dengan kawalan masa 5 minit seorang..berdekatan perpustakaan lama..untuk daftar, sila hubungi CM Fadli (014-2312370 ) atau Norazwan (017-5605071) ..selain catur kilat, ada banyak lagi aktiviti akan diadakan semasa hari belia tersebut..jom jom..



Sunday, July 20, 2014

MASRIN EROWAN DARI SABAH..

Masrin Erowan dari Sabah..menduduki tempat Ke-3 di Kejohanan Ramadhan Chess Blitz Fighter yang diadakan pada 15 Julai 2014 bertempat di Dewan Merbau, Seksyen 17 Shah Alam. Anjuran : Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MBSA & DACS Selangor / Dikendalikan oleh : Cerdik Catur Enterprise.

Beliau sekarang ranking No. 18 dalam senarai CCR Blitz keluaran bulan Julai 2014..dijangka akan memperbaiki kedudukan beliau yang lebih baik selepas mata CCR Blitz untuk Ramadhan Chess Blitz Fighter dimasukkan untuk keluaran bulan Ogos ini..tahniah kepada beliau...di kejohanan tersebut.

Akhirnya, berjaya juga kita wujudkan satu komuniti catur kilat yang hebat..ada kejohanan catur kilat yang menarik, ada rating catur kilat sendiri iaitu CCR Blitz, ada laman blog catur kilat sendiri iaitu www.caturblitz.blogspot.com dan setakat ini ada 263 nama peserta dalam senarai CCR Blitz keluaran bulan Julai 2014.

Tugas CM Fadli melalui Cerdik Catur pula ialah sentiasa berusaha mendapatkan sedikit dana dari pihak penganjur/penaja untuk jalankan aktiviti catur kilat dan juga rapid..

ANDA boleh rujuk keputusan penuh & CCR Blitz keluaran terbaru di www.caturblitz.blogspot.com
Kelihatan Masrin Bronstein sedang menentang Nik Farouqi GwGfx di meja pertama..HEBAT !!!

Thursday, July 17, 2014

Galeri Gambar Ramadan Chess Blitz Fighter 2014

 
 






























ISMAIL AHMAD - RANKING NO. 13 ...

Ismail Ahmad..Ranking No. 13 dalam senarai CCR Blitz keluaran bulan Julai 2014 dijangka akan memperbaiki kedudukan beliau yang lebih baik selepas mata CCR Blitz untuk Ramadhan Chess Blitz Fighter dimasukkan untuk keluaran bulan Ogos ini..tahniah kepada beliau...di kejohanan tersebut, beliau berjaya menduduki tempat ke-4..
Akhirnya, berjaya juga kita wujudkan satu komuniti catur kilat yang hebat..ada kejohanan catur kilat yang menarik, ada rating catur kilat sendiri iaitu CCR Blitz, ada laman blog catur kilat sendiri iaitu www.caturblitz.blogspot.com dan setakat ini ada 263 nama peserta dalam senarai CCR Blitz keluaran bulan Julai 2014.
Tugas CM Fadli melalui Cerdik Catur pula ialah sentiasa berusaha mendapatkan sedikit dana dari pihak penganjur/penaja untuk jalankan aktiviti catur kilat dan juga rapid..
ANDA boleh rujuk CCR Blitz keluaran terbaru di www.caturblitz.blogspot.com

  
Berikut adalah salah satu game di Ramadan Chess Blitz Fighter yang beliau kongsikan di facebook (Sila klik di link)
 

Wednesday, July 16, 2014

KAMALUDDIN YUSOF KEKAL RANKING NO. 1 CCR BLITZ BAGI BULAN JULAI 2014..

Kamaluddin Yusof masih kekal sebagai pemain ranking no. 1 bagi CCR Blitz keluaran terbaru bulan Julai 2014 dengan mata CCR Blitz 1644..diikuti rapat oleh Zaidan Zulkipli dengan mata CCR Blitz 1639.

Semua kejohanan catur kilat yang dikendalikan oleh Cerdik Catur akan menggunakan CCR Blitz untuk menentukan susunan awal pemain di pusingan pertama. Anda boleh rujuk senarai lengkap 263 nama peserta dalam CCR blitz bulan Julai 2014 di https://docs.google.com/file/d/0Bzf0p3TkJ3ngbjFvS0w4bjVmMWs/edit

 Kelihatan Kamaluddin Yusof (baju warna biru) sedang menerima hadiah no. ke-7 yang beliau menangi di Ramadhan Chess Blitz Fighter yang telah dijalankan dengan jayanya pada 15 Julai 2014 di Dewan Merbau, Seksyen 1`7, Shah Alam.

CCR BLITZ JULAI 2014 (A-Z)

Seramai 263 nama peserta sudah ada dalam senarai CCR BLITZ keluaran Julai 2014..sila rujuk  -  https://docs.google.com/file/d/0Bzf0p3TkJ3ngbjFvS0w4bjVmMWs/edit

CCR BLITZ TOP 30 KELUARAN BULAN JULAI 2014..

CCR BLITZ TOP 30 - Bagi keluaran Julai 2014..Rating ini tidak termasuk Ramadhan Chess Blitz Fighter yang baru tamat semalam..akan dimuatkan bersama bagi CCR Blitz bulan Ogos ini nanti..setakat ini seramai 263 peserta sudah ada dalam senarai CCR Blitz bagi bulan Julai 2014..nama-nama peserta tersebut akan dimuatkan malam ni di www.caturblitz.blogspot.com..MISI seterusnya ialah untuk menyiapkan dan keluarkan CCR Rapid 2014 yang terbaru..



KEPUTUSAN RAMADHAN CHESS BLITZ FIGHTER 2014

Dimuatkan keputusan penuh Ramadhan Chess Blitz Fighter 2014..ANDA boleh juga rujuk keputusan penuh di http://chess-results.com/tnr140259.aspx?lan=1&art=1&wi=821

Gambar-gambar menarik, akan menyusul kemudian..

Juara Ramadhan Chess Blitz Fighter dimenangi oleh Nik Ahmad Farouqi..beliau telah berjaya membawa pulang RM300. Tahniah kepada beliau..


Naib Johan kejohanan ini dimenangi oleh AM Ahmad Fadzil Nayan..beliau membawa pulang RM100. 




Thursday, July 3, 2014

PENDAFTARAN - RAMADHAN CHESS BLITZ FIGHTER 2014




Cara pendaftaran catur kilat 15 Julai ini sangat mudah sekali..hanya sms atau wassup CM Fadli (014-2312370)..kemudian pastikan dalam masa 24 jam, nama ANDA sudah ada dalam artikel PENDAFTARAN..di www.caturblitz.blogspot.com..bayaran yuran penyertaan RM15 boleh dibuat pada hari pendaftaran..bagi nama semasa WALK IN tidak digalakkan..sila daftar nama sebelum 15 Julai untuk pihak penganjur pastikan semua kerusi/meja dan peralatan catur mencukupi..

NAMA / KELAYAKAN KATEGORI/

HARI PERTAMA PENDAFTARAN (3 JULAI 2014)

1. MUHAMAD NAWAWI BIN MOHAMED/IPT/
2. NORAZWAN BIN KAMARUZAMAN/
3. ISMAIL AHMAD/VETERAN/
4. TANG SERN HAU ALVIN/IPT
5. RAZALI HAMZAH
6. MUHAMMAD SYUKUR RAZALI
7. AHMAD HAMZAH
8. MUHAMMAD HELMY BIN RASLI/ANAK SEL/IPT
9. MOHD TARMIZI BIN HADIRIN/KK/IPT
10. MOHD AMIN BIN ALI
11. HAIRUL BIN ABDUL HAMID
12. HENDRY LIM WEI WIN
13. ABDUL SHUKOR ARAJAH
14. AMAT RUBEL ABBAS
15.  MOHD DIYA ZULKANAIN
16. MOHD TAYAH WAHAB
17. NYADIN ZAKARIA
18. MAAHENDAR A/L SIVAPRAGASH/ANAK SEL/SK/
19. NAYYEF ASHYRAF
20. SHAMSUL IKMAL/IPT
21. HALIM REDZUAN RIZAL/IPT

HARI KE-2 PENDAFTARAN (4 JULAI 2014)

22. MUHAMAD FARIZA AZHA BIN ZAKARIA
23. SHAUN QUAKE ZHUN ZIAN
24. ISHMAEL HO
25. NM KAMALARIFIN BIN WAHIDUDDIN/KK
26. HAZWAN LEE BIN HARIS LEE/IPT
27. KABELAN A/L KALIPAN/SK
28. MUSTAFA BIN KHALIF

 HARI KE-3 PENDAFTARAN (5 JULAI 2014)

29. KAMALUDDIN YUSOF
30. MUHAMMAD ILHAN MANSIZ BIN HAIRUL
31. MOHD FAIRIN BIN ZAKARIA

 HARI KE-4 PENDAFTARAN (6 JULAI 2014) 

32. ISKANDAR HAKIMI ZULKIPPLI/SK
33. ISKANDAR HAIKAL ZULKIPPLI/SK
34. YASMIN IRDINA ZULKIPPLI/SK
35. AM AHMAD FADZIL NAYAN
36. MOHAMED (MAX) BIN ISMAIL
37. MUHAMMAF FIRDHAUS BIN OMAR
38. MUHAMMAD HAIKAL BIN ROSLAN/SMK
39. ABDUL QUDUS BIN ABD MANAFF

HARI KE-5 PENDAFTARAN (7 JULAI 2014)

40. SYAWAL AQMAR BIN SHAHRIR ARIFF
41. NORHAIDA HUSSIN
42. NGASIMAN SAPUAN
43. MOHD FAHMI BIN NGAH SAID/KK

HARI KE-6 PENDAFTARAN (8 JULAI 2014) 

44. MUHAMMAD FAIZ BIN HALMI
45. KHAMARUL ASHRAAF BIN ARIF/IPT/AS
46. MEGAT IMRAN/SR/AS
47. MEGAT ZAID/SR/AS
48. ZAIME KHARIS ZAINUDDIN
49. FARHANA ATIQAH
50. MASRIN EROWAN

HARI KE-7 PENDAFTARAN (9 JULAI 2014)  
 
51. MOHD HAZZAFRI HAZANI
52. AHMAD FIRDAUS B MOHD NOOR
53. SAYUTI BIN MARNI@MOHD YUSOF
54. CHAN SHENG YIP
55. TEH WEE ZHUN

HARI KE-8 PENDAFTARAN (10 JULAI 2014)   

56. MOHAMMAD SUFIAN B. ABDUL MANAN/AS/KK
57. MOHD AMIN MOHD NOOR/IPT

 HARI KE-9 PENDAFTARAN (11 JULAI 2014)   

58. MUHAMMAD AZIM BIN AMER/IPT
59. SAHIR BIN SARIFDIN

 HARI KE-10 PENDAFTARAN (12 JULAI 2014)   

60. HALIM SHUHAIMI
61. NIK AHMAD FAROUQI
62. MOHD SAPRIN SABRI
63. ASADULLAH QAMAR
64. MOHD AZHAM HASSAN

 HARI KE-11 PENDAFTARAN (13 JULAI 2014)   

65. ZAID BIN ABDULLAH
66. SYAZRIN ABD RAHMAN





RAMADHAN CHESS BLITZ FIGHTER 2014

Ramadhan Chess Blitz Fighter..pada 15 Julai 2014 (Selasa) bertempat di Dewan Merbau, Seksyen 17 Shah Alam..Masa 10 pagi hingga 1 petang..yuran penyertaan RM15 sahaja..Anjuran : Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MBSA & DACS Selangor/Dikendalikan oleh : Cerdik Catur Enterprise..Hadiah keseluruhan wang tunai+hamper bernilai RM1 ribu ..ANDA boleh daftar dengan cara emel/SMS/wasup dengan beri maklumat nama penuh,kategori kelayakan dan no. hp..kepada (CM Fadli - 0142312370) ..pembayaran boleh dibuat pada hari kejohanan..JUARA akan menerima RM300..