Sunday, July 20, 2014

MASRIN EROWAN DARI SABAH..

Masrin Erowan dari Sabah..menduduki tempat Ke-3 di Kejohanan Ramadhan Chess Blitz Fighter yang diadakan pada 15 Julai 2014 bertempat di Dewan Merbau, Seksyen 17 Shah Alam. Anjuran : Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MBSA & DACS Selangor / Dikendalikan oleh : Cerdik Catur Enterprise.

Beliau sekarang ranking No. 18 dalam senarai CCR Blitz keluaran bulan Julai 2014..dijangka akan memperbaiki kedudukan beliau yang lebih baik selepas mata CCR Blitz untuk Ramadhan Chess Blitz Fighter dimasukkan untuk keluaran bulan Ogos ini..tahniah kepada beliau...di kejohanan tersebut.

Akhirnya, berjaya juga kita wujudkan satu komuniti catur kilat yang hebat..ada kejohanan catur kilat yang menarik, ada rating catur kilat sendiri iaitu CCR Blitz, ada laman blog catur kilat sendiri iaitu www.caturblitz.blogspot.com dan setakat ini ada 263 nama peserta dalam senarai CCR Blitz keluaran bulan Julai 2014.

Tugas CM Fadli melalui Cerdik Catur pula ialah sentiasa berusaha mendapatkan sedikit dana dari pihak penganjur/penaja untuk jalankan aktiviti catur kilat dan juga rapid..

ANDA boleh rujuk keputusan penuh & CCR Blitz keluaran terbaru di www.caturblitz.blogspot.com
Kelihatan Masrin Bronstein sedang menentang Nik Farouqi GwGfx di meja pertama..HEBAT !!!

No comments:

Post a Comment