KE ARAH MEMARTABATKAN DAN MEMBUDAYAKAN SUKAN CATUR KILAT UNTUK KOMUNITI CERDIK CATUR
Sunday, January 27, 2019
Monday, November 6, 2017
1st Chess Blitz Fighter AMANAH 2017
Anda
BOSAN hujung minggu ini?? Sebab tiada kejohanan catur untuk DEWASA
minggu ini..minggu ini penuh dengan kejohanan catur untuk BUDAK-BUDAK
sahaja..tapi anda TIDAK berminat nak main catur sehari suntuk..dari pagi
sampai petang..nanti pening kepala..
Minggu ini pada 11 &
12 November ini ..tidak ada aktiviti catur di kalangan peserta kategori
Terbuka di negeri Selangor...jom ramai -ramai kita kumpul
di Seksyen 13.. Shah Alam..sertai event menarik ini...JUARA akan bawa
pulang RM 200.00...hadiah keseluruhan RM 900.00 (Wang Tunai+ Lain-Lain)
menanti ANDA..yuran penyertaan SECEPUT jee iaitu RM 20.00..main 10
pusingan..kawalan masa 8 minit seorang..main SEPARUH HARI jee..semua
peserta peringkat umur kawasan Shah Alam dan berhampiran digalakkan
sertai aktiviti ini.TEMPAT TERHAD 60 peserta sahaja.
Yang berminat sertai aktiviti ini, sila daftar dengan cara Wasap SM DI SINI.
Saturday, July 16, 2016
Catur Kilat Aidilfitri 30 Julai 2016
Catur Kilat Aidilfitri 2016 pada 30 Julai 2016 (Sabtu)..jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang. Kepada anda yang berminat sertai aktiviti ini sila hubungi SM di 0142312370.
Let's get together for Aidilfitri Chess Blitz this Saturday at Star Parc Point KL.
Details as below:
DATE / DAY : 30 July 2016 / Saturday
TIME : 9:30am - 1pm
VENUE : Dato' Arthur Tan Chess Centre, F-3A-09 Star Parc Point, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur
TIME CONTROL / FORMAT : 5 minutes each / 11 rounds Swiss System
ENTRY FEES : RM30 (To be paid before event start)
CATEGORIES :
1) U12
2) Amatur NR1600 and below
3) Open
PRIZES:
Champion for EACH category will receive RM 100.00 each.
Top 10 for U12 - Hampers
Top 10 for Amatur 1600 - Hampers
Top 5 Open category - Hampers
SPECIAL:
Lucky draw prizes to be won!!!
Refreshments will be served!
Register to Candidate Master Mohd Fadli (whatsapp) 014-2312370
Email cerdikcatur@yahoo.com
Website http://www.cerdikcatur.blogspot.my/
Thank you, Selamat Hari Raya!
Sunday, July 3, 2016
Sambutan Hebat
WOW !! HEBAT!! ..walaupun nak dekat hari raya dan ramai peminat catur sudah balik kampung..penyertaan event RAJA CATUR KILAT hari ini cecah 32 peserta...TOP 10 event ini akan menerima hamper dan juara akan terima juga hadiah saguhati dari penaja wang tunai RM100.00...ada juga hadiah TOP 2 terbaik bawah 12 tahun dan 3 cabutan bertuah iaitu dapat main FREE untuk RAJA CATUR Kilat AMATUR 1700 Yang Ke-2 ..COMING SOON selepas hari raya nanti..
Tuesday, June 28, 2016
Santai Cerdik Catur Kilat 3 Julai 2016
Khas untuk peserta yang tidak balik kampung raya, belum balik kampung raya, sudah beli baju raya..yang free ahad ini dari pagi sampai tengahari..etc...hehehe
RAJA CATUR KILAT AMATUR 1700 yang pertama...Ahad ini di DATCC KL..12 pusingan..kawalan masa 5 minit seorang...yuran penyertaan RM30..mula jam 9.30 pagi dan dijangka tamat sebelum jam 1.30 petang..10 HADIAH UTAMA berupa hamper bernilai RM40++ setiap satu disediakan kepada pemenang..JUARA juga akan mendapat hadiah saguhati wang tunai bernilai RM100 dari penaja...JOM JOM..
SYARAT KELAYAKAN : Peserta yang TIADA NR dan mempunyai NR 1700 dan ke bawah..
Cara pendaftaran..hanya bagi nama penuh kepada WHASAPP SM (014-2312370)..yuran penyertaan boleh dibayar pada hari kejohanan..
Monday, June 6, 2016
AMATUR 1600 pada 19 Jun 2016
Bulan Ramadhan ini jom main catur...Khas untuk Amatur...!!!
Kepada yang berminat untuk sertai acara ini, sila daftar awal...Tempat terhad untuk 80 peserta sahaja!!!
Sunday, November 1, 2015
Thursday, October 29, 2015
Kejohanan Catur Blitz PeBT MPSJ 2015 @ 22 November (Ahad)
Alhamdulillah..pagi tadi dapat berita gembira untuk komuniti cerdik catur..Kejohanan Catur Blitz PeBT MPSJ 2015..pada 22 November (Ahad) ini..adakah ANDA sudah bersedia ? ANDA boleh daftar ONLINE dan dapatkan maklumat lanjut di www.caturblitz.blogspot.com mulai esok..TERBAIK !!
Saturday, May 9, 2015
LOKASI BARU 8 MINUTES@10 CHESS CHALLENGE MALAM INI!
PERHATIAN! PERUBAHAN
TEMPAT DARI SEKSYEN 19 KE DEWAN MERBAU SEKSYEN 17 SHAH ALAM..
Lokasi baru adalah di Dewan Merbau MBSA Seksyen 17 Shah Alam, Jalan Senangin 17/2 Seksyen 17 Shah Alam Selangor ..malam ini untuk acara catur 8 minit..baru tadi dimaklumkan oleh pihak penganjur..sila hubungi En. Muriza (014-6058697)

Kejohanan catur 8 minit seorang@ 10 pusingan pada
9 Mei ..sabtu jam 8.00 malam hingga 12.00 malam..hadiah keseluruhan
berjumlah RM 1 ribu disediakan kepada pemenang..HANYA UNTUK AMATUR
!!!..yang berminat sertainya..sila daftar kepada CM Fadli
(014-2312370)..yuran boleh bayar pada hari kejohanan..
Tuesday, April 28, 2015
8 Minutes @ 10 CHESS CHALLENGE..PIALA KETUA AMK SHAH ALAM
Hanya untuk AMATUR..10 pusingan swiss..bermula jam 8.00 malam hingga
12.00 malam..yuran hanya RM 15..hadiah keseluruhan dalam RM1 ribu..
Saturday, April 25, 2015
POSTER PIALA KETUA AMK SHAH ALAM - 9 MEI 2015
8 Minutes@10 CHESS CHALLENGE ..PIALA KETUA AMK SHAH ALAM
Tarikh : 9 Mei 2015 (Sabtu)
Tempat : Dewan MPP Zon 7, Seksyen 19, Shah Alam
Yuran : RM15
Hadiah : Jumlah keseluruhan ialah RM1 ribu
Masa : 6.00 petang (Pendaftaran) / 8.00 malam hingga 12.00 malam (10 pusingan)
TERBUKA UNTUK PEMAIN AMATUR SAHAJA!
Friday, April 10, 2015
PENGUMUMAN Kejohanan Catur Versus Lightning Chess Shah Alam 2015 "Piala Ketua AMK Shah Alam" - DITUNDA
PENGUMUMAN - Penundaan Pertandingan diatas pertindihan Program
Himpunan Generasi Muda Bersama MB..TARIKH BARU KEJOHANAN INI IALAH 9 HB MEI 2015....
Kepada peserta yang sudah buat bayaran yuran sebanyak RM15..duit yuran tersebut akan
dipulangkan semula sekiranya tidak dapat hadir pada 9 Mei
2015..Kami bagi pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi CM Fadli 014-2312370. Terima kasih.
Monday, March 30, 2015
Versus Lighting Chess Shah Alam 2015 “Piala Ketua AMK Shah Alam"
HANYA UNTUK AMATUR !!
Versus Lighting Chess Shah Alam 2015
“Piala Ketua AMK Shah Alam"
Format : 10 Pusingan Swiss
Kawalan masa :8 minit seorang
Tarikh : 12 April 2015 (Ahad)
Tempat : Dewan MPP Zon 7, Seksyen 19, Shah Alam
Hadiah sangat MENARIK ..terbuka khas hanya untuk pemain bertaraf AMATUR...anda boleh daftar cara emel ke cerdikcatur@yahoo.com atau whatsapp CM Fadli (014-2312370)..

Saturday, December 27, 2014
DIBATALKAN - KEJOHANAN CATUR KILAT AMBANG 2015 @ 31 DISEMBER 2014
DIBATALKAN - Kejohanan Catur Kilat Ambang 2015 @ 31 Disember 2014
HARAP MAKLUM...atas nasihat Kerajaan Negeri Selangor & nasihat DACS Malaysia supaya program akhir tahun 2014 di negeri Selangor ditangguh/dibatalkan..Kejohanan Catur Kilat Ambang 2015 yang dijadualkan pada 31 Disember 2014..telah dibatalkan bagi menghormati musibah yang sedang berlaku di 6 negeri..
Kenyataan media
PROGRAM ‘MALAM AMAL SOLIDARITI BANJIR’ DIBATALKAN
26 Disember 2014
1. Program yang dijadualkan pada hari Ahad ini, 28 Disember 2014 di Taman Lagenda Suria, Hulu Langat anjuran bersama Yayasan Al-Moqni Malaysia, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Malaysia,Dacs Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Kajang dibatalkan.
2. Menerima nasihat daripada Kerajaan Negeri Selangor berikutan bencana banjir yang berlaku di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak agar program berbentuk hiburan dibatalkan bagi menghormati musibah yang sedang berlaku di sana.
3. Bagi pihak penganjur, kami bersimpati dengan apa yang berlaku dan menghormati nasihat yang diberikan kerana ianya diadakan di Selangor dan dalam masa yang sama atas keperihatinan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat agar ianya dibatalkan.
4. Sekali lagi kami memohon maaf kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di atas inisiatif asal penganjuran program ini serta kepada semua yang berhasrat hadir bagi tujuan menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir yang diumumkan awal sebelum ini.
Terima kasih.
Salman Haji Saleh
Pengarah,
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Malaysia.
bagi pihak Penganjur Program.
KENYATAAN MEDIA
YAB. MOHAMED AZMIN BIN ALI
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
26 Disember 2014
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak. Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai 98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir ; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak.
Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa – mangsa banjir dan keluarga masing – masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.
Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT.
Saya telah berbincang dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah – langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri – negeri yang terlibat.
Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama – sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini.
Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM 1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan ; RM 100 ribu masing – masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak.
Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM 200 ribu bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.
Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja – kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.
Seluruh jentera PBT Negeri Selangor akan diturunkan untuk kerja – kerja pembersihan sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir bagi menjamin kebersihan dan keselamatan rakyat.
Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak – anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat – syarikat swasta di Negeri Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar – pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
Delegasi Kerajaan Negeri Selangor akan turun ke Negeri Kelantan pada hari ini juga untuk menyampaikan bantuan disamping mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kuala Krai dan beberapa daerah lain.
MMKN juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015 sebagai tanda kasih dan simpati kepada semua rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.
Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam secepat mungkin bagi membantu kerajaan – kerajaan negeri mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat dalam tempoh yang getir ini.
Kerajaan Negeri Selangor juga telah berbincang dengan JAIS supaya semua masjid di Negeri Selangor mengadakan solat hajat sejurus solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar kesejahteraan daun keselamatan rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus dilindungi dan dipelihara.
MOHAMED AZMIN ALI

Sunday, November 23, 2014
THE RENDEZVOUS BATTLE 20 KING OF BLITZ @ 6 DIS 2014 (SABTU)
Wow
!! UiTM Sg Buluh guna CCR Blitz untuk tournament pada 6 Disember
ini..jom jom..kali ni cm fadli nk joint main..dah 1 tahun xmain
chess..hehe
Kepada mana2 pengiat catur yg nk guna CCR Blitz, sila maklumkan kepada pihak cerdik catur..FREE..xperlu bayar cukai RM2 sekepala dan Levi RM300 yg dikenakan kalau nk buat national rating..
Kepada mana2 pengiat catur yg nk guna CCR Blitz, sila maklumkan kepada pihak cerdik catur..FREE..xperlu bayar cukai RM2 sekepala dan Levi RM300 yg dikenakan kalau nk buat national rating..
Bantuan promosi & publisiti di semua group facebook cerdik catur dan muatkan poster di satu-satunya laman blog catur kilat di Malaysia iaitu www.caturblitz.blogspot.com ..yang bernilai RM100 juga PERCUMA..!!
Thursday, August 28, 2014
BLITZ BELIA MERDEKA 2014
BLITZ BELIA MERDEKA 2014
Sempena Sambutan Hari Belia Antarabangsa 2014
31 Ogos 2014 (Ahad)
11.00am-2.00pm..
Anjuran : Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor
Dikendalikan oleh : Cerdik Catur Enterprise
Juara - RM600 / Ke2 - RM300 / Ke3- RM200 / Ke4 -RM150 / Ke5-RM100 / Ke6 - RM90 / Ke7- RM80 / Ke8- RM70 / Ke9- RM60 / Ke10 hingga Ke16 - RM50,yuran penyertaan hanya RM10 sahaja..Adoi !! murahnya yuran !! hebatnya hadiah wang tunai !!..di Dataran Kemerdekaan Shah Alam..12 pusingan dengan kawalan masa 5 minit seorang..berdekatan perpustakaan lama..untuk daftar, sila hubungi CM Fadli (014-2312370 ) atau Norazwan (017-5605071) ..selain catur kilat, ada banyak lagi aktiviti akan diadakan semasa hari belia tersebut..jom jom..
Sunday, July 20, 2014
MASRIN EROWAN DARI SABAH..
Masrin Erowan dari Sabah..menduduki tempat Ke-3 di Kejohanan Ramadhan
Chess Blitz Fighter yang diadakan pada 15 Julai 2014 bertempat di Dewan
Merbau, Seksyen 17 Shah Alam. Anjuran : Penggerak Belia Tempatan (PeBT)
MBSA & DACS Selangor / Dikendalikan oleh : Cerdik Catur Enterprise.
Beliau sekarang ranking No. 18 dalam senarai CCR Blitz keluaran bulan
Julai 2014..dijangka akan memperbaiki kedudukan beliau yang lebih baik
selepas mata CCR Blitz untuk Ramadhan Chess Blitz Fighter dimasukkan untuk keluaran bulan Ogos ini..tahniah kepada beliau...di kejohanan tersebut.
Akhirnya, berjaya juga kita wujudkan satu komuniti catur kilat yang
hebat..ada kejohanan catur kilat yang menarik, ada rating catur kilat
sendiri iaitu CCR Blitz, ada laman blog catur kilat sendiri iaitu www.caturblitz.blogspot.com dan setakat ini ada 263 nama peserta dalam senarai CCR Blitz keluaran bulan Julai 2014.
Tugas CM Fadli melalui Cerdik Catur pula ialah sentiasa berusaha mendapatkan sedikit dana dari pihak penganjur/penaja untuk jalankan aktiviti catur kilat dan juga rapid..
ANDA boleh rujuk keputusan penuh & CCR Blitz keluaran terbaru di www.caturblitz.blogspot.com
Kelihatan Masrin Bronstein sedang menentang Nik Farouqi GwGfx di meja pertama..HEBAT !!!

Thursday, July 17, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)