Sunday, December 22, 2013

Aksi-aksi menarik di Blitz Chess Challenge SELANGORKU 2013

HEBAT & TERBAIK !!!!. Blitz Chess Challenge SelangorKU telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Mac 2013 di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Kota Damansara. Seramai 47 peserta telah mengambil bahagian di mana kesemua peserta bermain sebanyak 16 pusingan dengan kawalan masa 5 minit seorang sehingga tamat. Acara catur kilat ini dianjurkan oleh Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MBPJ sempena Karnival Belia Petaling Jaya di mana Cerdik Catur Enterprise telah dilantik untuk mengendalikan acara ini. Hadiah wang tunai berjumlah RM 1,200 telah diberikan kepada 17 pemenang sebaik sahaja acara tamat pada pukul 4 petang. Ini adalah merupakan jumlah hadiah wang tunai yang terbesar bagi acara pertandingan catur kilat di Malaysia setakat ini bagi tahun 2013 !!
Apa yang menarik tentang kejohanan catur kilat ini ialah yuran penyertaan yang hanya RM5 sahaja, makanan tengahari PERCUMA, minuman PERCUMA dan ais krim PERCUMA dan tempat kejohanan berhawa dingin. Terima kasih kepada pihak penganjur/penaja kejohanan ini.


SAM_6417SAM_6419SAM_6421SAM_6418
Aksi-aksi peserta bermain catur kilat di Kota Damansara
SAM_6422SAM_6420SAM_6427SAM_6428sijil penyertaanSAM_6430
Sijil penyertaan turut disediakan kepada peserta.
SAM_6431SAM_6432
Para peserta turut disediakan makanan tengahari percuma
SAM_6435SAM_6442
Air juga turut disediakan, aiskrim pun ada…semuanya PERCUMA Smile

No comments:

Post a Comment