Sunday, December 22, 2013

HADIAH-HADIAH MENARIK CATUR KILAT LEMBARAN 2014

Setakat ini, banyak juga penaja dah bagi hadiah-hadiah menarik untuk Kejohanan Catur Kilat Lembaran 2014 yang akan diadakan pada 31 Disember ini (Selasa) jam 10.00 malam hingga 2.00 pagi..Kejohanan ini tiada hadiah wang tunai tetapi hadiah berupa seperti gambar yang dimuatkan di bawah artikel ini. Dijangka ada lagi beberapa hadiah menarik yang akan diberikan kepada Cerdik Catur kepada para pemenang nanti. 20 hadiah disediakan kepada para pemenang. 

Yang menariknya ialah JUARA diberi pilihan memilih 2 hadiah daripada berpuluh hadiah yang disediakan. Untuk tempat ke-2 hingga  ke-10, pemenang diberi pilihan memilih 1 hadiah daripada berpuluh hadiah disediakan dan begitu juga 9 pemain terbaik seperti best wanita, best veteran dan sebagainya juga diberi pilihan memilih 1 hadiah.


Antara hadiah-hadiah yang disediakan ialah Jam Catur Digital, Chess Game Pad, beg notebook, chess pop up, 9 hampers dan sebagainya..hadiah jaket dan bantal pun ada..hadiah-hadiah lain yang menarik lagi mungkin bertambah dalam minggu ini..hehehe

No comments:

Post a Comment